Maklumat yang anda berikan kepada kami. Apabila anda mengemukakan sebarang pertanyaan, membeli sebarang laporan kami, meminta maklumat atau memberi maklum balas tentang atau berkaitan dengan Laman ini, kami akan meminta anda memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat surat menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, dan maklumat kad kredit anda. Kami juga mungkin akan meminta anda memberikan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pemintaan anda, seperti lokasi di mana anda berada, pekerjaan anda, cara perhubungan yang anda gemari dan maklumat-maklumat lain.
Maklumat yang anda gunakan dalam Laman ini. Kami akan menerima maklumat secara automatik apabila anda melayari Laman kami. Ia termasuk maklumat tentang alamat Protokol Internet (IP address) anda, maklumat tentang pelayar (Browser), maklumat yang dikumpulkan melalui cookies, pixel tag dan teknologi-teknologi lain, tarikh dan masa anda melayari, dan laman web yang anda layari sebelum anda melayari Laman ini.
Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat yang kami perolehi daripada penggunaan Laman ini dengan cara-cara berikut:
Alamat IP (IP address) anda:
“Alamat IP” anda adalah nombor
yang ditentukan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider, ISP) secara automatik kepada komputer yang anda gunakan. Alamat IP dikenal pasti dan disimpan secara automatik di dalam fail log server kami apabila anda melayari Laman kami, waktu anda melayari Laman dan halaman yang telah anda layari. Mengumpul Alamat IP merupakan amalan standard dalam Internet dan ia dilakukan secara automatik oleh kebanyakan laman web.
Kami akan menggunakan Alamat IP untuk tujuan seperti pengiraan tahap penggunaan Laman, membantu untuk mengenal pasti masalah server, dan menguruskan Laman ini. Kami juga akan mengguna dan mendedahkan Alamat IP untuk semua tujuan kami mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi. Sila ambil perhatian bahawa kami menganggap Alamat IP, fail log server dan maklumat yang berkaitan dengannya sebagai bukan maklumat peribadi, melainkan kami perlu melakukan perkara sebaliknya di bawah undang-undang berkenaan.
Pelayar (Browser) Internet anda:
Sesetengah maklumat dikumpul melalui kebanyakan pelayar(browser) Internet, seperti Media Access Control (MAC), jenis komputer (Windows atau Macintosh), peleraian skrin (screen resolution), versi sistem operasi, dan jenis serta versi pelayar (browser) Internet.
Cookies:
Cookies membolehkan web server memindahkan data kepada komputer untuk menyimpan rekod dan tujuan-tujuan yang lain. Kedua-dua cookies session dan persistent mungkin akan digunakan untuk disambungkan kepada Laman ini. Cookies ini akan digunakan untuk tujuan keselamatan, untuk memudahkan navigasi, untuk memaparkan maklumat dengan lebih berkesan dan untuk melayan anda dengan lebih baik melalui maklumat yang lebih sesuai dengan anda, dan juga untuk tujuan pengesanan dalam talian. Kami juga mungkin akan menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat statistik mengenai penggunaan Laman ini supaya kami dapat menambahbaik reka bentuk dan fungsi Laman ini, untuk memahami bagaimanakah penguna menggunakan Laman ini, dan membantu kami untuk menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan Laman ini.
Kami menggunakan Google Analytics untuk membantu kami menganalisa bagaimanakah pengunjung menggunakan Laman ini. Google Analytics turut menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat mengenai bilangan pengunjung yang melayari Laman, laman web yang dirujuk oleh pengunjung untuk melayari Laman ini, dan laman yang pengunjung layari dalam Laman ini. Cookies Google Analytics akan terus kekal di komputer anda walaupun anda menutup pelayar (browser) Internet anda; cookies jenis ini dikenali sebagai “persistent” cookies.
Sekiranya anda tidak mahu maklumat anda dikumpul melalui penggunaan cookies, terdapat satu prosedur yang mudah dalam kebanyakan pelayar (browser) Internet yang membenarkan anda menolak penggunaan cookies. Beberapa ciri Laman ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik jika anda menolak penggunaan cookies. Untuk mengetahui mengenai cookies dengan lebih lanjut lagi, sila layari http://www.allaboutcookies.org/ yang terdapat di luar Laman ini. Untuk mengecualikan diri daripada dikesan oleh Google Analytics di semua laman web, sila layari http://tools.google.com/dlpage/gaoptout yang terdapat di luar Laman ini.
Pixel tags, web beacons, clear GIF atau teknologi-teknologi lain yangserupa dengannya:
Ia mungkin digunakan dalam sambungan sesetengah halaman dan mesej e-mel berformat HTML, antara lain, untuk mengesan tindakan pengguna Laman dan penerima e-mel, menilai kejayaan komunikasi kami dan mengumpul statistik mengenai penggunaan Laman ini dan kadar bertindak balas.
Kami mungkin akan mengguna dan mendedahkan maklumat ini selaras dengan undang-undang tempatan.
Sekiranya kami menggabungkan maklumat bukan peribadi (maklumat yang tidak dapat mengenal pasti diri anda) dengan maklumat peribadi anda (seperti menggabungkan nama anda dengan lokasi geografi anda), maklumat yang digabungkan itu akan dianggap sebagai maklumat peribadi selagi ia digabungkan.
· Kepada ahli-ahli lain dalam keluarga syarikat Ayu Emas untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini.
· Kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami yang menyediakan perkhidmatan seperti hosting laman web, analisis data, penyediaan infrastruktur, perkhidmatan IT, khidmat pelanggan, perkhidmatan penghantaran e-mel, pemprosesan kad kredit, perkhidmatan audit dan lain-lain perkhidmatan yang seumpamanya untuk membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan. Syarikat-syarikat ini perlu menyimpan maklumat tersebut sebagai sulit dan tidak dibenar menggunakan maklumat ini untuk sebarang tujuan lain kecuali untuk menjalankan perkhidmatan yang mereka lakukan untuk pihak kami seperti yang ditera dalam kontrak kami.
· Untuk mengenalkan anda kepada sesiapa yang anda menghantar mesej kepadanya melalui Laman ini.
· Oleh anda, dalam papan pesanan (message boards), chat, halaman profil dan blog dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mana anda dapat menghantar maklumat dan bahan-bahan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang maklumat yang anda hantar atau dedahkan melalui perkhidmatan ini akan menjadi maklumat umum dan mungkin boleh dilihat oleh pengunjung-pengunjung lain yang melayari Laman ini dan untuk tatapan masyarakat umum. Kami menggesa anda supaya berhati-hati apabila membuat keputusan untuk mendedahkan maklumat peribadi anda, atau maklumat-maklumat lain dalam Laman ini.
· Kepada pihak ketiga, sekira berlakunya penyusunan semula, penggabungan, jualan, usaha sama, tugasan, pemindahan atau pelupusan dalam semua atau mana-mana bahagian dalam perniagaan, aset atau saham kami (termasuk apa-apa yang berkaitan dengan kebankrapan atau prosiding yang serupa). · Kami percaya adalah perlu atau sesuai:
(a) di bawah undang-undang berkenaan;
(b) dengan mematuhi proses undang-undang;
(c) dalam bertindak balas terhadap permintaan daripada pihak berkuasa awam dan Kerajaan termasuk pihak berkuasa awam dan Kerajaan di luar negara ;
(d) dengan menguatkuasakan terma-terma dan syarat-syarat kami;
(e) untuk melindungi operasi kami atau mana-mana ahli gabungan kami;
(f) untuk melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta, dan/ atau ahli gabungan kami, anda atau pihak lain; dan
(g) untuk membolehkan kami meneruskan remedi sedia ada atau mengehadkan sebarang kerosakan yang mungkin kami alami.