Ayu Emas menjamin bahawa semua barang kemas yang terpapar dalam laman kami telah melalui pengujian mutu dan ketulenan (atau assay) oleh FEDMAS Assay Office Sdn Bhd, sebuah syarikat assay yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan assay kepada ahli-ahli Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia (Federation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia, FGJAM).
Segala standard yang ditetapkan oleh FEDMAS adalah berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365:Part1: 1994) yang disediakan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia). FEDMAS merupakan salah satu daripada wakil (untuk logam berharga) SIRIM di mana ia memainkan peranan membantu dan menasihati standard ketulenan barang-barang kemas yang dihasilkan daripada logam berharga seperti emas dan perak. Selain itu,
FEDMAS juga diiktiraf oleh Pertubuhan Piawaian Antarabangsa.
Setiap produk yang dijual oleh Ayu Emas adalah disertakan dengan sijil pengiktirafan yang mengesahkan ketulenan produk tersebut.
JANJI KAMI
Kami berjanji untuk menawarkan barang kemas dengan harga yang terbaik di pasaran. Anda mungkin bertanya bagaimanakah kita dapat mengekalkan harga jualan yang rendah?
Pertama, kami mendapatkan koleksi kami langsung dari kilang pembuatan barang kemas. Dengan pergi terus kepada sumber pengeluaran, kami berjaya menjimatkan kos yang besar, dan penjimatan ini disalurkan terus kepada anda.
Kedua, kami, di Ayu Emas, berjanji tidak akan mengenakan sebarang kos upah. Jadi, apakah itu kos upah? Kos upah dikenakan ke atas pelanggan untuk kos yang dibayar kepada tukang emas yang membentuk dan membuat barang kemas. Jumlah kos itu bergantung pada reka bentuk dan tahap kerumitan corak produk tersebut. Kalau corak dan reka bentuk adalah amat rumit, maka semakin tinggilah kos upah. Kadar kos upah mungkin berjumlah dari hanya RM50 hinggalah mencecah lebih daripada RM500.
Fikirlah, betapa banyak yang anda akan jimat jikalau anda tidak perlu bayar kos upah sebab apa yang anda beli daripada Ayu Emas sememangnya harga nyata dan tidak ada sebarang kos tersembunyi!
Ketiga, Ayu Emas mampu berjimat kerana ia benar-benar merupakan kedai maya atau virtual storefront. Kami tidak ada kedai fizikal dan segala aktiviti jualan dan transaksi diuruskan melalui dalam talian (online). Oleh sebab itu, kami tidak perlu menanggung kos overhed seperti kos sewaan ruang kedai, elektrik, gaji kakitangan jualan dan sebagainya. Justeru, kami tidak perlu menambahkan kos tersebut kepada harga akhir produk-produk Ayu Emas. Itulah matlamat kami iaitu memastikan pelanggan kami menikmati sebanyak penjimatan yang boleh.
Dengan semua penjimatan ini, anda sudah pasti boleh memiliki barang kemas kegemaran anda jauh lebih murah daripada harga standard pasaran yang ditetapkan oleh FGJAM (Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia).
Selain itu, anda tidak perlu risau mengenai kehilangan barangan langganan anda semasa penghantaran. Ini adalah kerana Ayu Emas memastikan semua produk yang dipesan akan dihantar melalui perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai. Lagipun, produk-produk yang dihantar adalah dilindungi insurans.
Mengapa beli daripada Ayu Emas
Anda mungkin tertanya apakah kelebihan membeli daripada Ayu Emas. Mari kita huraikan kelebihan-kelebihan ini di bawah:
- Boleh beli pada bila-bila masa. Kedai maya kami terbuka 24 jam sehari. Jadi, tidak payah bergesa-gesa mengejar masa untuk keluar dari rumah untuk mengunjungi kedai. Kalau anda rasa hendak membuat pembelian pada pukul 2.00 pagi pun boleh, ataupun pada pukul 7.00 pagi.
- Anda menikmati kemudahan apabila membeli di Ayu Emas. Bayangkan, anda boleh membeli-belah di Ayu Emas dengan memakai baju selesa anda di rumah. Tambahan, anda tidak perlu bersusah payah berpusing-pusing cari tempat parkir kereta.
- Tidak perlu rasa tertekan untuk membuat pembelian. Oleh sebab Kedai Maya Ayu Emas tidak mempunyai jurujual fizikal, anda tidak akan digesa untuk membuat apa-apa pembelian. Kalau anda hanya ingin menjenguk dan mencari tahu harga pun boleh. Namun, jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, kami bersedia untuk membantu anda melalui saluran yang ada dalam kedai maya Ayu Emas. Hanya perlu taipkan soalan atau teguran dalam saluran tersebut dan kami akan membalas dengan segera.
- Polisi pemulangan yang sangat mudah. Anda boleh memulangkan produk yang anda baru beli dengan mudah melalui polisi pemulangan kami yang ringkas. Sila rujuk kepada bahagian Soalan Lazim mengenai polisi pemulangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Semua butiran persendirian yang anda kongsi adalah sulit. Ayu Emas berasa bangga untuk mengekalkan kesetiaan dan menghormati setiap pelanggan kami dengan berpegang teguh kepada polisi privasi kami.

JOM SHOPPING
Membeli-belah di Ayu Emas adalah sangat mudah.