Menu
Your Cart
Harga Emas Hari Ini: MYR 261.61/gram

Dasar Penghantaran dan Pengembalian

Dasar Penghantaran dan Pengembalian



Penghantaran Percuma

  • Penghantaran Percuma tanpa syarat pembelian minimum untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  • Buat masa ini, kami tidak membuat penghantaran ke negara lain.
  • Semua pesanan anda disediakan dengan serta-merta dan dijamin akan dihantar keluar dalam tempoh 2-3 hari bekerja yang berikutnya. Anda akan menerima barang pesanan anda dalam tempoh 3-5 hari bekerja.


Perlindungan Insurans 100%

  • Semua produk kami dilindungi sepenuhnya oleh insurans. Sekiranya anda tidak menerima barangan yang dipesan semasa transit/penghantaran, kami akan membayar pampasan 100% berdasarkan jumlah harga pesanan anda selepas melalui prosedure yang ditetapkan. Sila berikan kami tempoh 15 hari bekerja untuk membayar balik perlindungan insurans kepada anda.


Jaminan Pembelian Trade-In

Kami menawarkan Polisi Pembelian Trade-In sepanjang Hayat untuk semua pembelian dari Ayu Emas atau kedai lain. Barangan Trade-In perlu disertakan bersama sijil/resit asal produk. Harga belian Trade-In adalah mengikut nilai pasaran semasa. Sepanjang proses pembelian Trade-In, jika anda lebihan daripada baki nilai pertukaran Trade-In akan dibayar kepada anda melalui pemindahan bank dalam talian dalam tempoh 7 hari selepas menerima produk.


Jaminan Beli Balik

Kami menawarkan Polisi Beli Balik (BuyBack) Sepanjang Hayat untuk semua pembelian dari Ayu Emas sahaja. Produk bersama sijil/resit asal produk perlu disertakan atas dasar beli balik mengikut nilai pasaran semasa. Jika anda berminat untuk membuat pembelian balik, nilai beli balik akan dibayar kepada anda melalui pemindahan bank dalam talian dalam tempoh 7 hari selepas menerima produk.


Bagaimanakah saya boleh menjejak langganan saya?

Sebaik sahaja item langganan anda dihantar, anda akan menerima e-mel pengakuan yang menyatakan tarikh anggaran penghantaran. Anda juga boleh menyemak status langganan anda dalam talian dengan log masuk ke ' Akaun Saya', diikuti dengan 'Langganan Saya' dan anda akan diarahkan semula ke laman web penghantar masing-masing untuk menjejak status penghantaran item langganan anda.